window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V?

Faisal · Oct 12, 2021 11:00 AM

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 01

Ilustrasi BR-V 'mini' yang dilakar oleh rafimuamar40.

Walaupun Indonesia adalah pasaran MPV, ia tetap dicabar oleh gelombang crossover dan SUV yang semakin hangat di zaman ini. Seperti yang anda tahu, Honda BR-V serba baharu bersaing terus dengan Toyota Avanza dan Mitsubishi Xpander. Menariknya, Honda juga ada pelan untuk mencabar crossover kompak seperti Kia Sonet dan Toyota Raize.

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 02

Menurut OtoDriver, Honda sedang berancang untuk melancarkan versi BR-V yang lebih kecil. Malah, sumber yang mereka peroleh menyatakan bahawa model tersebut akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2022.

Juga bacaHonda BR-V 2022 generasi baru - 900 unit telah ditempah sebelum harga diumumkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 01

Kiranya, BR-V ‘mini’ dengan kod nama NESS ini mungkin berasaskan platform sama yang diguna pada BR-V serba baru. Sumber tersebut juga berkata bahawa ia akan dikuasai enjin aspirasi natural 1.5L DOHC (121 PS, 145 Nm tork) yang sama dengan crossover 7 penumpang itu.

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 02

Mengenai kod nama NESS, ia sebenarnya diilhamkan dari salah satu varian Honda Fit di Jepun. Kiranya Honda Fit Ness (fitness) dikhaskan untuk memenuhi gaya hidup ‘aktif’.

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 03

Honda Fit Ness yang ada di pasaran Jepun.

Sumber tersebut turut menambah bahawa SUV baharu itu akan dikenal sebagai Honda WR-V. Untuk makluman anda, Honda WR-V selama ini adalah sebuah Jazz generasi GK5 tetapi dengan gaya ala kereta tinggi.

Juga bacaHonda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 04

Honda WR-V spec Afrika Selatan.

Kalau anda nak tahu, Honda WR-V kini ada di pasaran Amerika Latin, Afrika Selatan dan India tetapi model generasi seterusnya mungkin beransur juga ke pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia.

Juga baca3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 05

Namun begitu, tidak menghairankan sekiranya negara membangun seperti kita sebaliknya menerima Honda City Hatchback.

Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V? 06

Sewaktu perasmian Honda BR-V serba baharu tempoh hari, Honda Indonesia sempat mengacah sebuah kelibat yang dikatakan bakal menyaingi Toyota Raize. Adakah ia Honda WR-V generasi seterusnya? Sama-sama kita nantikan.

Juga bacaHonda mengacah model misteri, adakah ini WR-V atau ZR-V, pesaing Perodua Ativa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda