Perodua D55L tular dengan imej render terbaru. Rekaan hadapan seperti Perodua Bezza?
Haris ยท Jun 24, 2020 06:05 PM
0
0
Memang ramai yang sedang menantikan SUV kompak terbaru dari Perodua ini. Lebih dikenali dengan kod nama Perodua D55L, SUV tersebut dikatakan akan hadir sekitar tahun ini. Namun, kemungkinan tersebut adalah tipis setelah wabak Covid-19.
Pemanipulasi imej The Ajerul telahpun membuat beberapa imej render mengenai Perodua D55L dengan bahagian hadapan seperti Perodua Bezza.
Perodua Bezza baru sahaja menerima facelift terbaru awal tahun ini dengan gaya yang lebih garang dan gril hadapan yang lebih menarik. Jika gril hadapan tersebut turut digunakan pada Perodua D55L, hasilnya boleh jadi sangat menarik.
Perodua D55L berkemungkinan dijana oleh enjin 1.0L turbo 3 silinder 1KR-VET yang memberikan kuasa sebanyak 97hp dan 140Nm tork. Turut dipadankan adalah transmisi CVT automatik dengan hantaran kuasa roda hadapan.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.