Lesen memandu yang mati boleh ‘renew’ di Pejabat Pos bermula 9 Ogos ini
Faisal · Aug 4, 2021 06:00 PM
0
0
Pemandu dan pemilik kenderaan disarankan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September ini.
Bermula 1 Oktober, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan semula.
Urusan pembaharuan lesen yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MySikap ataupun di kaunter JPJ secara temujanji. Selain myEG, anda juga boleh membuat pembaharuan lesen di Pejabat Pos seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.