window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Khairil ยท Apr 16, 2021 04:00 PM

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 01

Selepas dilancarkan di Jepun dan beberapa negara jiran serantau, jentera 'Sportbike' yang sarat dengan teknologi, Honda CBR600RR 2021 tiba di Malaysia dengan harga jualan asas RM 98,888.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 02

Seperti model yang dilancarkan di pasaran Indonesia, Februari lalu, hanya satu warna ditawarkan oleh pengedar sahnya di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) iaitu merah (Grand Prix Red) yang tampak ringkas namun ekslusif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga yang ditawarkan RM 98,888 tidak termasuk cukai jalan, insuran dengan tempoh jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 01

Diakui sebagai jentera yang berprestasi hebat, Honda CBR600RR 2021 dipadankan dengan enjin bersesaran 599 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 16 Injap, DOHC, 4 Silinder Sebaris dengan suntikan bahan api PGM-FI.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 02

Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch, kuasa yang dapat dikerah daripada motosikal ini cukup mengagumkan iaitu 119 Hp pada 14,000 rpm dan tork 64 Nm pada 11,500 rpm.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 03

Begitupun, disebabkan spesifikasi enjinnya yang masih tidak mematuhi piawaian emisi Euro 5, ia tidak memasuki pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Sebagai jentera yang sarat dengan teknologi terkini yang canggih, Honda CBR600RR 2021 dibekalkan dengan pelbagai sistem moden seperti Throttle By Wire, Honda Selectable Torque Control (HSTC), 5-axis Inertial Measurement Unit (IMU), 5 mod tunggangan, Power Selector, Engine Brake, Wheelie Control dan sistem Quick Shifter sebagai ciri standard.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 04

Untuk pengendalian yang mantap, sistem suspensinya menggunakan 41 mm inverted Showa Big Piston Fork with spring preload dan monoshock Honda P ro-Link besertea HESD (Honda Electronic Steering Damper).

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 05

Selain itu, winglet baharu ditambah pada sisi motosikal untuk mendapatkan 'downforce' ketika mengambil selekoh dan memecut di selekoh.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 06

Tugas membrek pula diberikan kepada kaliper brek radial 4 piston cakera berkembar 310 mm dengan sistem ABS dua saluran di bahagian depan manakala brek cakera tunggal dengan saiz 220 mm, kaliper piston tunggal ABS di bahagian belakang.

Juga baca: BSH perkenal Honda CBR650R, CB650R 2021 di Malaysia, harga RM 45.5k & RM 43.5k

Spesifikasi lain pada motosikal ini termasuklah sistem lampu LED penuh, paparan instrumen meter digital TFT dengan ciri berwarna sepenuhnya, lampu keselamatan Emergency Stop Signal (ESS), tangki bahan api 18 liter, ketinggian tempat duduk 822 mm dan berat 194 kg.

Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888! 07

Kepada yang mahukan lebih kuasa, BSH turut menawarkan CBR1000RR-R SP yang mempunyai kuasa setinggi 213 Hp dan tork 112.7 Nm namun pada harga RM 198,800. Untuk penawaran lebih rendah, mereka turut memiliki CBR650R 2021 yang datang dengan harga RM 45,500.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda