window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Haris · Dec 18, 2020 08:00 PM

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 01

Mitsubishi Xpander adalah crossover 7 penumpang berharga RM 91k yang baru sahaja ditawarkan di Malaysia. Model ini telah memacu penjualan Mitsubishi di 5 negara ASEAN sebelum dipasarkan di Malaysia dalam pilihan varian terbaik.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakyat Malaysia sukakan Mitsubishi. Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dengan jenama ini. Tambahan, tanpa Mitsubishi, sedan pertama keluaran Malaysia belum tentu dapat direalisasikan.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 01

Justeru itu, adalah sesuatu yang menyegarkan untuk melihat Mitsubishi Motors Malaysia kembali menawarkan kenderaan di bawah RM 100k. Jadi bagaimana pula dengan prestasi Mitsubishi Xpander 2020? Ini ulasan kami.

Rekaan luar - Bukan sekadar estetika

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 02

Rekaan Mitsubishi Xpander adalah keseinambungan daripada rekaan Dynamic Shield. Ia juga boleh ditemui pada Mitsubishi Triton

Lampu DRL terletak pada bahagian atas manakala lampu utama hadapan terletak pada bahagian bawah. Terdapat juga fender pada bahagian bawah ‘dagu’ Xpander ini.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 03

Bergerak ke bahagian sisi, terdapat garisan badan yang ketara dengan jarak kelegaan tanah sebanyak 205 mm. Bumbungnya pula direka ala-ala floating roof, seperti yang terdapat pada Proton X50.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 04

Pada bahagian belakang, Mitsubishi Xpander menggunakan lampu LED dengan rekaan L yang futuristik. Keseluruhan rekaan Mitsubishi Xpander tampak seimbang dan gagah, hasil daripada bentuk dan garisan badan crossover ini.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 05

Jika anda risau mengenai jarak kelegaan tanah Mitsubishi Xpander 2020, berikut adalah sedikit pandangan visual dan perbandingan dengan pesaing yang lain.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 06

Jarak kelegaan tanah
Mitsubishi Xpander 205 mm
Honda BR-V 200 mm
Perodua Aruz 220 mm

Rekaan dalaman - Luas dan praktikal

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 07

Untuk membayangkan betapa besarnya Mitsubishi Xpander dengan mudah, terdapat 18 ruang pemegang cawan dalam crossover ini. Kereta biasa mungkin mempunyai sekitar 6 - 8 pemegang cawan paling banyak.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 08

Bukan ruang sahaja yang menjadi taruhan Mitsubishi Xpander, aspek keselesaan juga tidak dikompromi. 

Hal ini kerana, Mitsubishi Motors Malaysia melengkapkan Mitsubishi Xpander dengan peredam bunyi yang banyak. Terdapat peredam bunyi pada bahagian bumbung dan juga tinted cermin depan akustik yang mengurangkan bunyi bising.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 09

Bumbung dan tinted yang membantu meredam bunyi

Meter desibel kami mencatatkan sebanyak 58 dB ketika Xpander dipandu pada kelajuan 60 km/j, manakala ia meningkat ke 68 dB pada kelajuan 110 km/j. Angka di bawah 70 dB adalah baik manakala pesaingnya rata-rata mencatatkan angka atas 70 dB pada kelajuan yang sama.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 10

Perincian kecil aspek praktikaliti seperti poket di sisi konsol tengah ini

Bagi aspek praktikaliti ruang dalaman pula, Mitsubishi Xpander memang terbaik dan telah banyak kami ulas sebelum ini. Untuk bacaan lanjut, ikuti topik di bawah.

Kualiti pemanduan dan kendalian - Tiada masalah underpower

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 11

Dengar sahaja enjin 1.5 liter pada Mitsubishi Xpander, ramai yang membangkitkan soal lelah kuasa (under power). 

Sebenarnya, Mitsubishi Xpander mempunyai nisbah kuasa - berat yang mencukupi dalam kelasnya. Kata kunci di sini adalah ‘cukup’ kerana Mitsubishi Xpander langsung tidak terasa lelah kuasa ketika dipandu uji.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 12

Perbandingan spesifikasi enjin
Model Mitsubishi Xpander 2020 Honda BR-V 2020 Perodua Aruz / Toyota Rush 2020
Enjin 1.5 liter NA 1.5 liter NA 1.5 liter NA
Kuasa Kuda (PS) 105 PS  120 PS  101 PS 
Tork (Nm) 141 Nm  145 Nm  133 Nm 
Berat 1,250 kg 1,269 kg 1,310 kg

Transmisi 4 kelajuan sedikit lambat ketika pedal ditekan tetapi ia tetap lancar. Ia tampak sebagai suatu pilihan yang paling selamat untuk digunakan dalam keadaan kenderaan dipenuhi dengan muatan atau penumpang yang ramai.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 13

Pedal brek juga progresif dengan keadaan kereta yang sedang dihentikan. Langsung tidak tersentak sebelum pedal brek habis ditekan.

Pendek kata, talaan yang dibuat oleh Mitsubishi dalam aspek trenkuasa agak memuaskan. Kami tegaskan sekali lagi, ia mencukupi.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 14

Mitsubishi Xpander telah diuji dalam 3 latar jalan yang berbeza iaitu lebuh raya, jalan kampung dan jalan berbukit, kami dapati bahawa sistem suspensi Mitsubishi Xpander 2020 cukup untuk menempuhi kebanyakan bentuk muka bumi.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 15

Dalam pemanduan lebuh raya, Mitsubishi Xpander memberikan karakter yang lebih santai. Fungsi Cruise Control juga membantu pemanduan jarak jauh. Namun, ketiadaan penyandar lengan pada bahagian konsol tengah terasa sedikit janggal.

Pemanduan jalan kampung juga tidak gagal, malah Mitsubishi Xpander stabil mencengkam permukaan jalan ketika melalui selekoh di jalan sekitar Jelebu yang berliku.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 16

Zoom untuk melihat Mitsubishi Triton di hadapan

Kami dikejutkan dengan permukaan jalan yang berbukit-bukit sebelum tiba ke destinasi Hooton Retreat. Jalan tersebut jelas kelihatan hanya boleh dilalui dengan mountain bike dan trak pikap Mitsubishi Triton

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 17

Mitsubishi Xpander 2020 mampu menelusur jauh ke dalam kawasan yang mencabar

Lebih baik lagi, jarak kelegaan tanah pada Mitsubishi Xpander ini cukup untuk menakluki latar jalan yang berbukit. Malah, ia melakukannya dengan begitu selesa, talaan suspensi tidak terlalu keras kerana langsung tidak terhentak dan tidak terlalu lembut sehingga terasa berbuai.

Penggunaan minyak

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 18

Mitsubishi Xpander mencatatkan penggunaan minyak sebanyak 9.0 liter / 100 km. Ini merangkumi ujian pecutan 0-100 km/j kami yang standard justeru jangkakan penggunaan yang lebih rendah sekiranya anda memandu dengan lebih berhemah.

Kesimpulan

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 19

Kekuatan Mitsubishi Xpander adalah pada pemanduan dan kendaliannya. Tidak keterlaluan jika kami katakan, ini antara kenderaan yang patut memenangi Anugerah Kereta Terbaik tahun 2020 ini (undi di sini).

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 20

Model modifikasi oleh Mitsubishi dipertontonkan

Mitsubishi Xpander diposisikan sebagai crossover, jarak kelegaan tanah yang sesuai, ruang tempat duduk belakang yang mampu memuatkan orang dewasa dan aspek trenkuasa yang mencukupi. Anda tidak akan gagal dalam memilih crossover ini.

Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik? 21

Kekurangan Mitsubishi Xpander adalah kekurangan 2 beg udara namun Mitsubishi Motors Malaysia cuba untuk memberikan tambahan kelengkapan keselamatan aktif seperti dashcam terbina dalam, amaran rehat (rest reminder), sistem bantuan brek kecemasan (BAS) dan kamera pelbagai sudut.

Pada harga RM 91,369, ia memang sebuah kenderaan 7 penumpang yang sangat disyorkan bagi pembeli prospek. Jangkakan giliran menunggu yang panjang kerana ia agak laris!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda