Sedang orang awam bergelut mengekang COVID-19 dan duduk di rumah, anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta badan-badan dan agensi lain yang bertugas siang malam juga keletihan dalam memastikan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Susulan usaha ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim memutuskan untuk menjalankan Kempen Sekatan Jalan Raya (SJR) Terbaik Op COVID-19 Kontinjen Kuala Lumpur bagi menilai tahap pengurusan dan keberkesanan SJR (roadblock) yang dijalankan di sekitar ibu negara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
SJR di Plaza Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur tampil sebagai johan Kempen SJR Terbaik Op COVID-19 ini.
Muncul di tempat kedua ialah SJR Jalan Cheras yang terletak di hadapan Cheras Eko Mall yang dikendalikan oleh IPD Cheras.
SJR ini dinilai menurut kriteria seperti kesiapsiagaan dari aspek logistik dan petugas-petugas seperti kaedah mengendalikan SJR, tahap pengetahuan petugas berkaitan SJR, kebersihan/kekemasan di SJR, dan lain-lain.
“Kempen ini dijalankan bagi menyuntik semangat kepada petugas-petugas di lapangan supaya terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19 ini,” kata Datuk Azmi dalam satu kenyataan semalam.
Baca juga: Rentas negeri, pelancongan domestik akan dibuka pada Fasa ke-4 Pemulihan, seawal hujung Oktober
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });